Berita

Empat Lelaki Di Depan Sekolah Menyerang Pelajar

Aksi sekumpulan lelaki yang bersenjatakan objek tajam selepas dipercayai menyerang seorang pelajar di Setia Alam.SHAH ALAM – Seorang pelajar sekolah menengah di Setia Alam di sini berdepan detik mencemaskan apabila diserang empat lelaki bersenjatakan batang besi dan besi berantai di luar pintu pagar sekolahnya, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 1 petang, mangsa berusia 15 tahun yang merupakan pelajar tingkatkan tiga sekolah itu cedera di bahagian suku tangan kirinya. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian berlaku apabila mangsa baharu selesai sesi persekolahan dan dalam perjalanan balik ke rumahnya bersama rakannya. 

Katanya, ketika mangsa menunggu bapa kepada rakannya di luar pagar itu telah didatangi empat suspek yang memakai topeng keluar dari sebuah kereta jenis Suzuki Swift. “Keempat-empat suspek itu bersenjatakan batang besi dan rantai besi. “Salah seorang suspek telah bertindak menghayunkan rantai besi sehingga mengenai siku tangan kiri mangsa,”

katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurut beliau, mangsa yang bimbang akan keselamatannya terus melarikan diri ke pondok pengawal yang terletak di dalam sekolah itu bagi mendapatkan perlindungan. Ujar Baharudin, polis yang menerima laporan polis pukul 1 petang semalam berhubung kejadian itu kemudiannya telah membuat operasi mengesan suspek-suspek terlibat di sekitar Klang. 

“Salah suspek berusia 19 tahun telah berjaya ditangkap selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam pukul 11.30 malam tadi. “Kita telah mendapat perintah reman terhadap selama tiga hari bermula hari ini dengan usaha mengesan tiga lagi suspek lain masih diteruskan pihaknya,” katanya. 

Jelas beliau, siasatan motif serangan masih disiasat dari semua sudut  termasuk penglibatan kumpulan kongsi gelap. “Kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. “Saksi kejadian dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung menghubungi IPD Shah Alam di talian 03-55202222,” katanya. 

Terdahulu, insiden tersebut kemudiannya menjadi viral di laman sosial seperti Facebook dengan beberapa gambar yang dipercayai empat orang lelaki sedang berlari pantas menuju ke arah kereta mereka yang diletakkan di hadapan kawasan luar sekolah selepas bertindak sedemikian.

Sumber- K online