bencana alamBeritaFakta & KajianInfokehidupankesihatansosial

Mulai Mei Ini,Melaka Akan Menguatkuasakan Tiada Penggunaan Straw!!!

Penyedut (straw) diperbuat terutama daripada polypropylene iaitu daripada bahan minyak mentah dan ketika anda mengisap cairan melalui penyedut maka tubuh anda berhadapan dengan bahan kimia. Polypropylebe meskipun dalam jumlah tertentu dianggap selamat oleh Persatuan Makanan Persekutuan Amerika,namun telah terbukti ia memendap bahan kimia dalam cairan yang anda minum.

LARANGAN penggunaan penyedut minuman atau straw plastik akan dimulakan di Melaka berkuatkuasa selewat-lewatnya Mei ini.Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Tey Kok Kiew berkata,

langkah berkenaan sebagai usaha memelihara kualiti alam sekitar di negeri itu sekali gus mengurangkan pencemaran berasaskan plastik.“Justeru, pengusaha restoran atau kedai makan dinasihatkan tidak menyediakan penyedut minuman plastik kepada pelanggan kecuali mereka minta tanpa sebarang caj dikenakan.

“Buat masa ini, kerajaan negeri berhasrat mendidik masyarakat terhadap penggunaan bahan yang tidak boleh diurai. Kalau boleh jangan pakai (penyedut plastik),” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 di Seri Negeri, Melaka hari ini.Terdahulu,Kok Kiew (PH-Banda Hilir) menjawab soalan lisan dikemukakan Datuk Wira Ismail Othman (BN-Kuala Linggi) berhubung penjelasan pelaksanaan mesin pelupusan sampah kepada tenaga atau Waste To Energy (WTE) di Melaka.

Katanya, pembinaan WTE bakal dilaksanakan awal tahun depan selepas proses pengambilalihan empat hektar kawasan tapak pelupusan sampah di Sungai Udang.“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mahu WTE ditempatkan di setiap negeri dan Melaka antara negeri terawal menerima mesin ini,” katanya.

Kempen anti penyedut minuman (straw) plastik semakin lantang dilaungkan. Setelah Starbucks dan KFC, kini banyak restoran tidak lagi menyediakan penyedut plastik. Laporan yang dipetik daripada Times of India mendedahkan penyedut plastik dianggap berbahaya pada kesihatan.

sumber: mymetro